Skip to main content

Mudahnya Takwim



Mukadimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dari masa ke masa, kita berdepan dengan cabaran mengurus pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian, sama ada berkaitan dengan kerja atau urusan peribadi. Semakin lama, semakin banyak perkara yang perlu ditangani sedangkan masa tidak pernah bertambah, bahkan semakin terasa singkat. Pengurusan masa menjadi kemahiran yang sangat penting dan ini termasuklah membina takwim.

Pada peringkat awal, sistem takwim yang dibina hanyalah menggunakan perisian Microsoft Office Excel, oleh kerana kelebihan internet memudahkan perkongsian, penyelarasan dan cepat untuk dimaklumkan takwim yang dibina secara bersama kepada kesemua ahlinya. Sistem ini telah dimajukan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Google Calendar.

Harapan saya semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua. Sistem ini adalah percuma, Insya Allah sentiasa percuma. Cuma, ada beberapa kekangan yang boleh diterima dan masih praktikal, seperti mana penggunaan email ada had saiz data tidak melebihi 15 Gb. Sesiapa pun boleh guna dan kita dapat kebaikan juga. Mudah-mudahan Tuhan suka apa yang diusahakan dan anda juga suka kemudahan ini. Semoga suatu hari nanti dapat pula menghasilkan sistem yang tidak lagi bergantung kepada Google, memandangkan masih terdapat banyak ruang untuk dimajukan di dalam sistem yang sedia ada di pasaran ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhinggi kepada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W, kepada keluarga yang tersayang, kepada warga SMK Abdul Rahim, PPD dan SISC+ Kudat yang banyak memberi sokongan dan galakan. Semoga Allah S.W.T memberi lebih banyak kebaikan untuk mereka yang membantu usaha ini.

“Kita hanya merancang, Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya.”

Mohd. Amir bin Abdul Latip
Pengaturcara Sistem Mudahnya Takwim






Aliran Kerja Mudahnya Takwim



Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian ilmu dan bahan projek.

Alhamdulillah, dapat saya mulakan langkah membina blog ini bagi menyediakan ruang untuk berkongsi sedikit usaha yang menjurus kepada inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Pada pendapat saya usaha untuk membantu guru-guru adalah penting kerana membantu mereka samalah ertinya membantu murid-murid untuk berjaya dalam pendidikan. Kita sedia maklum, cabaran dalam pendidikan tidak pernah statik. Maka, usaha seperti ini perlu mendapat sokongan sewajarnya oleh semua pihak. Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menyediakan medan untuk kami guru-guru berbakti kepada negara kita. Terima kasih kepada pihak JPN Sabah yang juga banyak memberi sokongan kepada usaha-usaha seperti ini. Juga kepada pihak PPD Kudat, SISC+ Kudat dan SMK Abdul Rahim Kudat yang banyak memberi sokongan dan bantuan yang sememangnya diperlukan. Tidak lupa juga keluarga yang turut berkorban untuk terus berjuang demi masa depan yang lebih baik. Semoga perkongsian ini berma...

Mudahnya Skema versi 2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mudahnya Skema versi 2.0 sudah siap dan sedia untuk dimuat turun dalam paparan Mudahnya Skema bahagian muat turun aplikasi. Terima kasih kepada cikgu Ramesh kerana beri feedback tentang isu kemudahan soalan objektif. Sokongan cikgu sangat saya hargai.

Mudahnya PAJSK v1 (Post 1)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah, pagi ni dapat saya upload pengisian paparan Mudahnya PAJSK v1. Ada saya muatkan sedikit penerangan tentang sistem ini dan demo ringkas. Jika cikgu-cikgu berminat untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkembangan projek ini. Insya Allah, dalam masa terdekat akan saya sediakan file Acuan Mudahnya PAJSK untuk kegunaan sekolah-sekolah lain. Terima kasih.