Ringkasan Inovasi Kaedah LAWA.
Inovasi kaedah LAWA dihasilkan untuk membantu murid-murid yang mengambil mata pelajaran Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) menguasai kemahiran lukisan teknikal dengan lebih mudah dan efektif. Kaedah LAWA ini adalah penggunaan warna pelangi dalam menerangkan urutan jalan kerja lukisan teknikal dan memberi penekanan kepada proses yang terlibat dalam menjawab soalan lukisan teknikal. Berbeza dengan kaedah konvensional, iaitu skema soalan hanya berwarna hitam dan putih, dengan kaedah LAWA ini murid-murid diminta menjawap soalan yang diberi dengan berbantukan skema jawapan yang mengandungi garisan atau teks yang berwarna. Warna-warna yang dipilih berfungsi sebagai panduan urutan jalan kerja dalam lukisan teknikal. Warna juga digunakan bagi menekankan keutamaan proses-proses yang terlibat. Kaedah yang kreatif ini menjadi satu alternatif kepada guru-guru untuk menerangkan proses melukis lukisan teknikal tanpa melibatkan banyak siri lukisan. Kaedah ini juga menggalakan murid-murid belajar secara konstruktivisme dengan menggunakan konsep warna-warna pelangi. Selain itu, Kaedah ini dapat membantu murid-murid melihat kaitan setiap jalan kerja dan memahami konsep yang terdapat dalam lukisan tersebut dengan lebih mudah. Kesimpulannya, hasil dari inovasi ini telah menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran lukisan teknikal meningkat, minat dan motivasi mereka meningkat dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan murid-murid juga secara tidak langsung meningkat. Impak daripada penggunaan inovasi ini dapat menggurangkan penggunaan kertas untuk menerangkan jalan kerja dan penggunaan skema jawapan sebagai bahan PdPc menjadi lebih efisian dan mudah.
Objektif
inovasi
- Menarik minat murid-murid untuk belajar mata pelajaran GKT.
- Membantu murid-murid mengingati dan memahami jalan kerja lukisan teknikal dengan lebih mudah dan efisien.
- Mengurangkan jumlah lukisan untuk menunjukkan jalan kerja lukisan teknikal.
- Menggurangkan penggunaan kertas untuk menunjukkan jalan kerja lukisan teknikal.
- Menggalakan murid-murid untuk berfikir secara kritikal dan kreatif.
Kajian Penggunaan Kaedah LAWA
Pendekatan pemerhatian, soal selidik, temu bual dan
menganalisis dokumen telah diambil dalam melaksanakan kajian ini. Murid-murid
dimaklumkan tentang aktiviti kajian yang dijalankan dan diminta memberi
kerjasama sepenuhnya. Guru mata pelajaran di minta mengendalikan PdPc dengan
memberikan penerangan kepada murid-murid dan seterusnya melaksanakan ujian pra
dan pasca mengikut panduan yang diberikan oleh penyelidik. Berikut adalah
penerangan lanjut berkenaan instrumen kajian.
1. Pemerhatian
Pemerhatian semasa penerangan oleh guru dan semasa murid-murid melakukan pra-ujian dan pasca-ujian dicatat dan direkodkan oleh penyelidik. Pemerhatian ini adalah bertujuan untuk melihat reaksi murid-murid dalam aktiviti yang dijalankan.
2. Soal Selidik
Borang soal selidik diberikan kepada murid-murid selepas selesai menjalankan pra-ujian dan pasca-ujian. Soal selidik ini berkaitan dengan penggunaan skema jawapan lukisan teknikal, kefahaman dalam pembelajaran lukisan teknikal, keupayaan menterjemah dan melukis lukisan teknikal, motivasi dan keyakinan untuk menjawab soalan lukisan teknikal. Soal selidik ini bertujuan untuk melihat perbandingan di antara kaedah konvensional dan kaedah LAWA dalam aspek yang dinyatakan.
3. Temu Bual
Temu bual dilakukan terhadap murid-murid sebelum dan selepas sesi kajian tindakan dilakukan. Soalan diajukan kepada murid-murid secara lisan dalam kelas dan jawapan murid-murid dicatat. Tujuan temu bual ini adalah untuk mendapatkan maklum balas murid-murid tentang kajian yang dilakukan.
4 Pra-Ujian dan Pasca-Ujian
Murid-murid diberikan pra-ujian dan pasca-ujian dengan menggunakan soalan yang sama tetapi kaedah yang berbeza. Pra-ujian menggunakan kaedah konvensional, manakala pasca-ujian menggunakan kaedah LAWA. Hasil kerja murid-murid dinilai mengikut garis panduan penilaian yang sama dan jumlah masa yang diambil untuk menyiapkan lukisan teknikal juga ditetapkan sama bagi kedua-dua peringkat ujian.
5. Analisis Data
Berdasarkan kepada instrumen yang dijalankan untuk mengkaji keberkesanan kaedah LAWA, data-data yang diperolehi dianalisa. Dapatan kajian disediakan dalam 3 bentuk perolehan iaitu hasil daripada soal selidik, bahan multimedia dan ujian yang lakukan terhadap murid-murid yang dipilih. Dapatan yang dianlisa dibentangkan dalam bentuk jadual, graf dan kesimpulan kajian.
6. Video dan gambar
Comments
Post a Comment