Lakaran Interaktif Pra Simulasi (LIPS)
Sinopsis
Lakaran Interaktif Pra
Simulasi (LIPS) adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
yang menekankan pemahaman teori dan aplikasi dengan menggunakan paparan yang
membolehkan penggunanya untuk berinteraksi dengan lakaran yang terhasil dan melakukan
eksperimen terhadap lakaran yang bersifat simulasi yang ringkas dan berfokus.
Melalui kaedah ini, perisian LIPS perspektif dibina dengan menggunakan bahasa
pengaturcara Visual Basic for Application (VBA). Kaedah ini mempunyai pontensi
yang sangat tinggi untuk dimajukan dalam pendidikan di negara kita, Malaysia.
i. Dari aspek pedagogi, penggunaan perisian yang menggunakan
kaedah LIPS ini boleh dikategorikan sebagai kaedah pembelajaran secara Konstruktivisme.
Pengetahuan murid-murid dibina secara aktif melalui gabungan pengalaman baru
yang diperolehi semasa menggunakan perisian LIPS dengan teori-teori yang
disampaikan oleh guru dan pengalaman sedia ada setiap murid itu sendiri.
Selain itu, penggunan
perisian ini melalui kaedah LIPS juga menepati ciri-ciri pembelajaran secara
Konstruktivisime iaitu, lebih seronok, lebih berfikir, lebih faham, lebih
ingat, lebih yakin dan lebih berkemahiran sosial.
Melalui kemudahan Simulasi
yang terdapat di dalam perisian ini, murid-murid dapat menguji teori yang
disampaikan, mengaplikasikannya kepada situasi yang baru dan mengintegrasikan
pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud pada
murid-murid tersebut.
Selain itu, kemudahan
membina soalan dari situasi yang boleh ditentukan sendiri membolehkan
murid-murid dinilai secara formatif bagi memastikan mereka telah menguasai teori
yang dipelajari sebelum mereka diperkenalkan dengan teori-teori yang lain pula.
ii. Perisian ini belum ada di pasaran semasa. Ia sangat
diperlukan untuk membantu murid-murid memahami elemen-elemen dalam lukisan
perspektif mengikut kaedah manual mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dengan
lebih mudah lagi.
iii. Perisian ini juga membolehkan penggunanya melalui
pengalaman visual dengan paparan simulasi dan seterusnya membantu mereka
memahami hubung kait di antara elemen-elemen di dalam lukisan perspektif dengan
kaedah lukisan yang digunakan. Ini memberi peluang untuk mereka menjawap persoalan
yang timbul dari teori-teori yang diperkenalkan dalam topik Lukisan Perspektif
dan seterusnya menguasai kemahiran yang diperlukan.
Pengalaman visual ini juga
membantu imaginasi murid-murid untuk memahami bahawa konsep yang dipelajari adalah
tidak asing dengan pengalaman sedia ada dan lebih mudah untuk diterima logiknya.
iv. LIPS juga memudahkan penggunanya melakukan eksperimen
menggunakan kemudahan simulasi yang disediakan. Ini dapat meningkatkan
keyakinan murid-murid dalam menguasai kemahiran yang berkaitan. Mereka boleh
menjawab persoalan yang timbul jika situasinya berbeza dan kenapa jalan kerja
yang diajar sedemikian rupa.
v. Perisian ini mampu menarik minat dan tumpuan murid-murid
kerana ia bukan paparan statik atau animasi, tetapi interaktif dan simulasi. Ini
membolehkan penggunanya berinteraksi dan melakukan eksperimen terhadap paparan yang
dihasilkan. Kaedah yang unik dan menarik untuk dipraktikkan dalam pengajaran
dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran, selari dengan hasrat kerajaan untuk
meningkatkan penggunaan ICT dalam pendidikan negara.
vi. Murid-murid boleh menerokai teori-teori yang dipelajari
dan memahami lojik disebalik teori yang disampaikan kepada mereka. Bukan lagi pendekatan
yang hanya menghafal jalan kerja. Ini membolehkan mereka meningkatkan sifat
ingin tahu dan meningkatkan kreativiti mereka, kerana kerja yang kreatif
mencetus minda yang kreatif.
vii. Pengalaman belajar secara interaktif boleh membantu
murid-murid mengingati apa yang dipelajari dengan mudah dan lebih lama kerana
kefahaman yang boleh dicapai adalah lebih tinggi. Selain itu, daya ingatan
visual murid-murid yang digunakan juga dapat membantu mereka lebih yakin dan
ingat lebih lama tentang apa yang telah dipelajarai.
Objektif
i. Menarik minat murid-murid untuk belajar topik Lukisan
Perspektif.
ii. Membantu murid-murid memahami konsep dalam topik tersebut
dengan lebih mudah dan berkesan.
iii. Membantu murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran dalam
topik tersebut dengan keyakinan yang lebih tinggi.
iv. Menggalakan murid-murid untuk berfikir secara kritikal
dan kreatif.
v. Membuka minda murid-murid untuk menggunakan ICT dalam
menguasai ilmu dan kemahiran yang dipelajari.
Kumpulan Sasaran
i. Murid-murid tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan.
Comments
Post a Comment