Skip to main content

Mudahnya Skema


Pengenalan

Secara umumnya, Mudahnya Skema adalah inovasi dalam teknologi pendidikan. Ia berfungsi sebagai kemudahan untuk membina skema soalan struktur dan objektif bagi kegunaan peperiksaan dan aktiviti PdPc. Inovasi ini telah dimajukan sejak 13 Mei 2017 dengan menggunakan Microsoft Word (Word) dan bahasa pengaturcara VBA. Aplikasi ini adalah berbentuk Add-in bagi perisian Microsoft Office.



Masalah yang ditangani

  • Kesukaran untuk mengubah dan menyemak skema soalan objektif dan struktur.  Risiko terlepas pandang perubahan skema soalan kerana skema di dalam dokumen yang berbeza.
  • Kesukaran untuk berkongsi skema soalan dalam set soalan yang sama. Risiko lampiran skema jawapan tidak disertakan terutama apabila dokumen yang disenaraikan dalam jumlah yang banyak.
  • Set Soalan tidak bersifat interaktif untuk kegunaan PdPc.
  • Tiada kemudahan menconteng yang lebih mudah dikawal pada paparan skema soalan dalam Word.


Objektif

  • Memudahkan urusan membina skema soalan bertulis dan soalan objektif. 
  • Memudahkan perkongsian soalan-soalan peperiksaan iaitu set soalan dan skema soalan dalam satu dokumen yang sama.
  • Menjadikan skema soalan sebagai aktiviti PdPc yang lebih menarik.


Kelebihan

Add-in Mudahnya Skema memudahkan pembinaan skema soalan dengan membolehkan penggunanya meletakkan jawapan di dalam soalan secara interaktif. Ini membolehkan skema soalan dan set soalan berada dalam dokumen yang sama. Kedudukan jawapan yang dekat pada soalan membolehkan pengguna dengan mudah mengubah soalan dan jawapan, tidak perlu lagi tercari-cari di mana letaknya jawapan bagi setiap soalan. Pengguna juga dapat mejimatkan masa melakukan aktiviti ini.

Selain itu, perkongsian set soalan dan skema soalan juga menjadi mudah kerana kedua-duanya berada dalam dokumen yang sama. Apabila pengguna muat naik soalan dan jawapan, hanya satu dokumen yang perlu dilakukan. Begitu juga urusan muat turun soalan dan jawapan hanya satu dokumen yang perlu dilakukan. Ini dapat menjimatkan masa pengguna melakukan mana-mana aktiviti yang dinyatakan.

Oleh kerana add-in ini menggunakan Microsoft Word, saiz dokumen yang dihasilkan adalah kecil jika dibandingkan dengan perisian lain untuk soalan dan jawapan yang sama seumpamanya.

Kata Kunci - Mudah dan jimat.

Kelemahan

Add-in bergantung kepada perisian Microsoft Word.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi inovasi ini adalah murid-murid di sekolah rendah dan sekolah menengah. 


Perlaksanaan

Add-in Mudahnya Skema ini perlu dipasang terlebih dahulu dalam komputer yang mempunyai perisian Microsoft Word. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari pautan yang disediakan.
Manual Mudahnya Skema disediakan bagi memudahkan pengguna memahami dan merujuk kepada panduan pengguna.
Untuk tujuan perkongsian, penerima salinan fail perlu ada komputer yang sudah dipasang add-in Mudahnya Skema. 
Output dari aplikasi ini boleh dicetak untuk dijadikan sebagai set  soalan atau skema soalan. Selain itu paparan menggunakan LCD projector juga boleh digunakan untuk aktiviti PdPc.


Panduan Pengguna

i. Bagi pengguna yang pertama kali menggunakan Add-in untuk MS Word. ikuti langkah berikut untuk membolehkan Add-in Mudahnya Skema dibenarkan berfungsi.

  1. Klik Microsoft Office Button
  2. Klik Word Options.
  3. Klik Trust Center.
  4. Klik Trust Center Settings
  5. Klik Macro Settings.
  6. Klik options Disable all macros except digitally signed macros.

ii.  Memasang Mudahnya Skema.
  1. Buka perisian MS Word
  2. Dari MS Word, buka Mudahnya Skema
  3. Klik butang pasang. 
  4. Tutup MS Word. 
  5. Buka semula MS Word.
  6. Ribbon Mudahnya Skema siap dipasang.
iii. Membina jawapan struktur
  1. Gunakan kemudahan Jawapan Struktur untuk membina, menutup dan membuka jawapan.
  2. Bagi jawapan yang berbentuk atau gambar gunakan butang Lantik untuk menetapkan ia sebagai jawapan atau butang Lucut untuk sebaliknya.
iv. Membina jawapan objektif
  1. Gunakan kemudahan Jawapan Objektif untuk membina OMR baru atau mengemaskini acuan yang disediakan
  2. Klik butang Bina untuk membina item jawapan. Masukkan nombor bilangan soalan dan jawapan.
  3. Klik butang Buka Semua untuk membuka semua jawapan  pada kertas jawapan. 
  4. Klik butang Tutup Semua untuk menutup semua jawapan pada kertas jawapan. 
v.  Conteng atau Serlah
  1. Gunakan kemudahan Pen untuk menconteng paparan kertas soalan.
  2. Klik butang Conteng untuk membuka pilihan kawalan menconteng.
  3. Klik butang padam untuk memadam semua contengan.
  4. Klik butang Serlah untuk serlahkan teks yang dipilih pada paparan soalan.
  5. Klik Keluar untuk keluar dari kemudahan pen.


Muat Turun

1.  Aplikasi Mudahnya Skema

  • Mudahnya Skema v3p  (19/10/2017 - Jadual skema soalan bertulis)
  • Mudahnya Skema v2.1p (13/10/2017 - jawapan di lokasi kursor)
  • Mudahnya Skema v2p   (12/10/2017 - bugs fix)
  • Mudahnya Skema v1p   (boleh diguna dalam Windows 64-bit)

2.   Video
  1. Video bina jadual skema soalan bertulis
  2. Video cara pasang Addin Mudahnya Skema cara pintas
  3. Video cara bina skema soalan objektif

3.    Bahan tambahan
  1. Kertas Objektif 30 Soalan
  2. Kertas Objektif  40 Soalan
  3. Kertas Objektif 60 Soalan
  4. Kertas Objektif 80 Soalan



Potensi

Mudahnya skema berpotensi untuk dijadikan satu sistem yang standard atau global dalam perkongsian soalan ujian atau peperiksaan, dimana skema soalan berada dalam set soalan dan boleh dimanipulasikan oleh pengguna secara interaktif. Ia juga berpotensi untuk menggalakkan guru-guru membina atau mengolah soalan mengikut keperluan masing-masing.





Comments

  1. Assalamualaikum & salam sejahtera. Jemputlah follow blog saya untuk ikuti perkembangan projek @ inovasi yang Allah izinkan saya buat. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam.satu usaha yang baik
    tq cikgu amir

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perkongsian ilmu dan bahan projek.

Alhamdulillah, dapat saya mulakan langkah membina blog ini bagi menyediakan ruang untuk berkongsi sedikit usaha yang menjurus kepada inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Pada pendapat saya usaha untuk membantu guru-guru adalah penting kerana membantu mereka samalah ertinya membantu murid-murid untuk berjaya dalam pendidikan. Kita sedia maklum, cabaran dalam pendidikan tidak pernah statik. Maka, usaha seperti ini perlu mendapat sokongan sewajarnya oleh semua pihak. Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menyediakan medan untuk kami guru-guru berbakti kepada negara kita. Terima kasih kepada pihak JPN Sabah yang juga banyak memberi sokongan kepada usaha-usaha seperti ini. Juga kepada pihak PPD Kudat, SISC+ Kudat dan SMK Abdul Rahim Kudat yang banyak memberi sokongan dan bantuan yang sememangnya diperlukan. Tidak lupa juga keluarga yang turut berkorban untuk terus berjuang demi masa depan yang lebih baik. Semoga perkongsian ini berma...

Mudahnya Skema versi 2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mudahnya Skema versi 2.0 sudah siap dan sedia untuk dimuat turun dalam paparan Mudahnya Skema bahagian muat turun aplikasi. Terima kasih kepada cikgu Ramesh kerana beri feedback tentang isu kemudahan soalan objektif. Sokongan cikgu sangat saya hargai.

Mudahnya PAJSK v1 (Post 1)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah, pagi ni dapat saya upload pengisian paparan Mudahnya PAJSK v1. Ada saya muatkan sedikit penerangan tentang sistem ini dan demo ringkas. Jika cikgu-cikgu berminat untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkembangan projek ini. Insya Allah, dalam masa terdekat akan saya sediakan file Acuan Mudahnya PAJSK untuk kegunaan sekolah-sekolah lain. Terima kasih.