Skip to main content

Sistem Atur RPH

Sistem Atur RPH.



Sistem Atur RPH ini adalah sistem yang pertama seumpamanya dalam membantu guru-guru mengurus dan mengatur rancangan mengajar berdasarkan jadual waktu, takwim, rancangan mengajar tahunan, kekangan-kekangan dan elemen-elemen rancangan mengajar. Sistem ini dibina menggunakan Microsoft Excel dan Visual Basic for Application. Sistem ini telah dimajukan sejak tahun 2010. Pada peringkat awal, ia hanya untuk kegunaan peribadi. Namun setelah ia dimajukan, sistem ini boleh digunakan oleh guru-guru bagi mana-mana mata pelajaran.

Kelebihan utama sistem ini ialah memudahkan guru-guru untuk mengatur rancangan mengajar harian berdasarkan jadual waktu, takwim dan kekangan secara automatik. Selain itu, sistem ini juga membantu guru melihat perubahan perancang yang dibuat berdasarkan perlaksanaan dan kekangan yang berlaku, termasuklah cuti dan kelas batal atau tidak dapat dilaksanakan.

Selain itu, sistem ini juga membolehkan perkongsian acuan RPH dikalangan guru-guru menjadi lebih mudah. Usaha untuk menyeragamkan format RPH juga dapat dilakukan dengan mudah. Guru hanya perlu mengimport acuan yang telah diexport oleh guru lain.

Sistem ini juga dapat membantu guru-guru menyediakan eRPH bagi kegunaan secara atas talian. Oleh kerana sistem ini perlu dibuat secara luar talian terlebih dahulu, RPH yang dibuat perlu dimuat naik terlebih dahulu untuk digunakan secara atas talian. Kemudahan menggabungkan RPH dalam seminggu juga disediakan bagi membolehkan semua RPH dalam seminggu diletakkan dalam satu fail sahaja.

Kesimpulannya sistem ini dapat memudahkan guru-guru mengurus dan mengatur RPH secara sistematik. Terdapat banyak kelebihan sistem ini yang menjadikan ia berpotensi tinggi untuk terus dimajukan sebagai kemudahan yang penting bagi guru-guru dalam usaha untuk berkerja dengan lebih mudah, cekap dan efisian.

Terima kasih diucapkan kepada keluarga yang memberi sokongan dalam usaha ini. Juga kepada guru-guru yang turut membantu dalam pembinaan sistem ini. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah.



Comments

  1. Tahniah cikgu yang begitu kreatif dan inovatif

    ReplyDelete
  2. Tahniah ckgu,usaha yg sgt Bagus dan kreatif

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana beri komen yang baik. Sekarang ini Sistem Atur RPH sudah dimajukan dengan kemudahan Carta Gantt dan auto simpan di dalam google Drive. Kelebihan google Drive dapat digunakan untuk muat naik secara auto semasa ada internet.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu Amir. Boleh saya tahu cara nk dapatkan software ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem ini tidak lagi saya majukan sebab sekolah sudah guna sistem online. Saya beralih fokus kepada sistem online sahaja. Ketika ini saya sedang buat portal menggunakan Google Sites. Sekiranya berjaya memudahkan kerja guru-guru, saya akan kongsikan nanti.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perkongsian ilmu dan bahan projek.

Alhamdulillah, dapat saya mulakan langkah membina blog ini bagi menyediakan ruang untuk berkongsi sedikit usaha yang menjurus kepada inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Pada pendapat saya usaha untuk membantu guru-guru adalah penting kerana membantu mereka samalah ertinya membantu murid-murid untuk berjaya dalam pendidikan. Kita sedia maklum, cabaran dalam pendidikan tidak pernah statik. Maka, usaha seperti ini perlu mendapat sokongan sewajarnya oleh semua pihak. Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menyediakan medan untuk kami guru-guru berbakti kepada negara kita. Terima kasih kepada pihak JPN Sabah yang juga banyak memberi sokongan kepada usaha-usaha seperti ini. Juga kepada pihak PPD Kudat, SISC+ Kudat dan SMK Abdul Rahim Kudat yang banyak memberi sokongan dan bantuan yang sememangnya diperlukan. Tidak lupa juga keluarga yang turut berkorban untuk terus berjuang demi masa depan yang lebih baik. Semoga perkongsian ini berma...

Mudahnya Skema versi 2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mudahnya Skema versi 2.0 sudah siap dan sedia untuk dimuat turun dalam paparan Mudahnya Skema bahagian muat turun aplikasi. Terima kasih kepada cikgu Ramesh kerana beri feedback tentang isu kemudahan soalan objektif. Sokongan cikgu sangat saya hargai.

Mudahnya PAJSK v1 (Post 1)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah, pagi ni dapat saya upload pengisian paparan Mudahnya PAJSK v1. Ada saya muatkan sedikit penerangan tentang sistem ini dan demo ringkas. Jika cikgu-cikgu berminat untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkembangan projek ini. Insya Allah, dalam masa terdekat akan saya sediakan file Acuan Mudahnya PAJSK untuk kegunaan sekolah-sekolah lain. Terima kasih.