Alhamdulillah, dapat saya mulakan langkah membina blog ini bagi menyediakan ruang untuk berkongsi sedikit usaha yang menjurus kepada inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Pada pendapat saya usaha untuk membantu guru-guru adalah penting kerana membantu mereka samalah ertinya membantu murid-murid untuk berjaya dalam pendidikan.
Kita sedia maklum, cabaran dalam pendidikan tidak pernah statik. Maka, usaha seperti ini perlu mendapat sokongan sewajarnya oleh semua pihak. Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menyediakan medan untuk kami guru-guru berbakti kepada negara kita. Terima kasih kepada pihak JPN Sabah yang juga banyak memberi sokongan kepada usaha-usaha seperti ini. Juga kepada pihak PPD Kudat, SISC+ Kudat dan SMK Abdul Rahim Kudat yang banyak memberi sokongan dan bantuan yang sememangnya diperlukan. Tidak lupa juga keluarga yang turut berkorban untuk terus berjuang demi masa depan yang lebih baik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat menjadi inspirasi buat rakan-rakan yang berada di mana-mana pun jua. Sebarang bentuk bantuan dan sokongan adalah amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.
Mohd. Amir bin Abdul Latip
Guru Malaysia.

Comments
Post a Comment