Skip to main content

Mari Belajar VBA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini saya dapat selesaikan isu compatibility Add-in Mudahnya Skema v1p bagi Operating System (OS) Windows 32-bit  dan Windows 64-bit. Bila kita buat coding untuk digunakan dalam kedua-dua jenis OS kita perlu pastikan VBA yang dibina boleh digunakan dalam kedua-duanya. 

Rujukan - Compatibility Between the 32-bit and 64-bit Versions of Office 2010

Untuk semak adakah kod VBA yang dibina adalah sesuai untuk kedua-dua OS atau tidak, Add-in Office Code Compatibility Inspector (OCCI) boleh digunakan di dalam tab Developer. Add-in boleh dimuat-turun dari link ini.

Panduan cara-cara memasang Add-in tersebut boleh didapati dalam link ini.

................................................................................................................................................................

Visual Basic for Application (VBA)

Bagi guru-guru yang berminat untuk mempelajari VBA dalam MS Excel, MS Powerpoint dan MS Word cara kampung, insya Allah, saya akan isikan ruang di sini sedikit perkongsian ilmu atau nota untuk rujukan cikgu-cikgu.

Bagi guru-guru yang belum pernah menggunakan VBA dalam mana-mana perisian seperti AutoCAD, Solidwork, CoralDraw atau MS Office ia adalah bahasa pengaturcara yang diimplementasikan dari Visual Basic 6. Antara kelebihan VBA, ia sedia ada dalam mana-mana perisian yang telah dinyatakan sebelum ini. Rujukan VBA untuk MS Office cukup banyak secara online atau buku rujukan.

Berikut adalah beberapa pautan yang menarik untuk mempelajari VBA:

  1. MSDN - VBA in Excel 2010
  2. Pearson Software Consulting
  3. Homeandlearn - Excel VBA For Complete Beginners
  4. ExcelFunction.net - Excel-VBA-Tutorial
  5. Excel Easy - VBA
  6. The Word MPV site
  7. Good World 2015
  8. Itpscan - Write from Excel to Word
  9. Excel Champs - Top 100 useful Excel
Berikut adalah pautan yang baru saya jumpa untuk rujukan VBA.

      1.  Excel Macro Mastery

Rujukan berbentuk eBook juga boleh diperolehi secara online.


Silakan follow blog ini untuk ikut perkembangannya.

Comments

Popular posts from this blog

Perkongsian ilmu dan bahan projek.

Alhamdulillah, dapat saya mulakan langkah membina blog ini bagi menyediakan ruang untuk berkongsi sedikit usaha yang menjurus kepada inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Pada pendapat saya usaha untuk membantu guru-guru adalah penting kerana membantu mereka samalah ertinya membantu murid-murid untuk berjaya dalam pendidikan. Kita sedia maklum, cabaran dalam pendidikan tidak pernah statik. Maka, usaha seperti ini perlu mendapat sokongan sewajarnya oleh semua pihak. Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menyediakan medan untuk kami guru-guru berbakti kepada negara kita. Terima kasih kepada pihak JPN Sabah yang juga banyak memberi sokongan kepada usaha-usaha seperti ini. Juga kepada pihak PPD Kudat, SISC+ Kudat dan SMK Abdul Rahim Kudat yang banyak memberi sokongan dan bantuan yang sememangnya diperlukan. Tidak lupa juga keluarga yang turut berkorban untuk terus berjuang demi masa depan yang lebih baik. Semoga perkongsian ini berma...

Mudahnya Skema versi 2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mudahnya Skema versi 2.0 sudah siap dan sedia untuk dimuat turun dalam paparan Mudahnya Skema bahagian muat turun aplikasi. Terima kasih kepada cikgu Ramesh kerana beri feedback tentang isu kemudahan soalan objektif. Sokongan cikgu sangat saya hargai.

Mudahnya PAJSK v1 (Post 1)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah, pagi ni dapat saya upload pengisian paparan Mudahnya PAJSK v1. Ada saya muatkan sedikit penerangan tentang sistem ini dan demo ringkas. Jika cikgu-cikgu berminat untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkembangan projek ini. Insya Allah, dalam masa terdekat akan saya sediakan file Acuan Mudahnya PAJSK untuk kegunaan sekolah-sekolah lain. Terima kasih.